Search

Ada beberapa individu pm saya ‘screenshot’ pertama...

  • Share this:

Ada beberapa individu pm saya ‘screenshot’ pertama & bertanya kenapa saya ‘double standard’ dalam posting berkenaan isu predator seksual tetapi kes Zamri Vinoth pula saya berdiam diri.

Saya bersangka baik mereka yang bertanya itu baru ‘follow’ saya sejak kes isu predator seksual. Mungkin juga mereka ini ingin memprovokasi & bukannya benar-benar serius dalam isu predator seksual. Namun saya bersangka baik.

Untuk makluman yang bertanya, ketika Zamri Vinoth ditahan polis pada 25 Julai 2018 untuk siasatan atas tuduhan rogol, saya berada di Mesir bersama Bro Shah Kirit & Abu Shariz atas jemputan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir untuk mengendalikan kursus dakwah kepada pelajar Malaysia di sana.

Saya menerima berita beliau ditahan lebih kurang jam 5pagi Mesir (11pagi waktu Malaysia). Saya terus menghubungi isteri beliau & memberitahunya bahawa usah risau tentang perbelanjaan harian kerana InshaAllah kami akan membantu mereka.

Saya juga memaklumkan kepada isteri beliau bahawa kami akan menyokong Zamri jikalau dia memang tidak terlibat & kami tidak akan menyokongnya andai dia terlibat!

Setelah polis melengkapkan siasatan, tiada pendakwaan kerana Zamri mempunyai alibi ke atas pertuduhan tersebut. Zamri telah menyaman seorang individu bernama Arun Doraisamy kerana memfitnahnya. Saya tabik kepada Zamri kerana berani mengambil tindakan saman terhadap individu yang memfitnahnya.

Prinsip saya jelas. Yang salah itu tetap salah walaupun diri sendiri apatahlagi sahabat seperjuangan. Yang tak bersalah tetap tak bersalah walaupun dari orang yang memusuhi & membenci saya.

Prinsip saya memang begitu. Saya tidak akan komen apa apa kes yang saya tidak tahu latarbelakang & bukti-buktinya. Saya memilih untuk bersikap neutral bagi memberikan keadilan kepada yang dituduh & menuduh.

Pada 28 April 2019, beliau sekali lagi ditahan polis untuk membantu siasatan atas tuduhan menghina agama Hindu. Pada 29 April 2019, saya terus memuatnaik status yang dengan jelas saya mengatakan;

“Andai beliau (Zamri) terbukti bersalah, saya sebagai Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam danundang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.”

Namun hasil siasatan polis dalam kes ini juga didapati Zamri tidak bersalah kes diklasifikasikan sebagai NFA.

Saya konsisten dengan prinsip saya. Saya tidak memihak kepadanya dengan mengatakan ianya adalah fitnah atau cubaan menjatuhkannya kerana saya perlu berlaku adil kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Persoalan kepada mereka yang bertanya atau menuduh saya bersikap ‘double standard’;

“Apa pula prinsip anda?”

Pada waktu yang sama, terdapat beberapa portal berita melaporkan kononnya Zamri Vinoth mempunyai rekod jenayah merogol dan sebagainya. Zamri bertindak memberikan amaran saman akan dilakukan jikalau mereka tidak memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf.

SAYS & FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/06/25/correction-to-our-report-on-zamri-vinoth/ telah membuat pembetulan & permohonan maaf secara terbuka kepada Zamri Vinoth. https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2101142439996731/?d=n

Tidak cukup dengan itu, diberikan pelbagai label-label kepada saya & Zamri Vinoth kerana ketaasuban ataupun kemalasan membaca & mengkaji yang menyebabkan sel sel otak tidak berkembang dengan baik.

Is ok je untuk berbeza pendapat dan sebagainya tetapi menuduh & mengeluarkan kenyataan fitnah? Ajaran Islam manakah yang mengajar anda begitu? Saya & Zamri telahpun mengambil tindakan saman terhadap beberapa individu yang tidak serik megeluarkan kenyataan fitnah sebagai pengajaran.

Nasihat saya kepada mereka yang telah membuat tuduhan & fitnah secara bertulis terhadap kami, anda diberikan masa 24 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta memadamkan kenyataan anda yang berbentuk fitnah terhadap kami. Sila hantar link permohonan maaf anda ke Facebook kami.

SAYS & FMT telah memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf kerana jelas ianya tidak benar. Anda boleh padamkan status dan enggan meminta maaf tetapi tidak mengapa, identiti anda semua telah dikenalpasti & segala bukti-bukti telah kami miliki.

Telah berulangkali kami membiarkan & memaafkan tetapi ada yang masih meneruskan tuduhan & fitnah mereka. Kemaafan perlu diseimbangkan dengan keadilan & pengajaran untuk masa hadapan. Kemaafan ada masa & tempatnya begitu juga keadilan juga perlu ditegakkan.

Jikalau hanya menggunakan konsep kemaafan tanpa neraca pertimbangan keadilan, tiada perlunya Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam & para sahabat Radiyallahuanhum berjihad & tidak ada perlunya hukum qisas di dalam Islam.

Jikalau memang fitnah, saman mereka yang memfitnah. Kami tidak suka memainkan emosi masyarakat & menagih simpati. Kebenaran akan terbukti jua.

*Kami tidak akan komen kes-kes lain yang pengadunya tidak datang kepada kami & kami tidak tahu bukti-buktinya. Kami hanya komen kes yang pengadu datang kepada kami beserta bukti-bukti yang telah kami sahkan keasliannya.


Tags:

About author
not provided